Beautiful , follow

{ Getting used to the pain }
"Welcome to my blog which consists of everything about me, you just have keep reading "

The excited feeling is the first time for this sensation. I feel like I’m under a spell when I look at you.

Please help me so that I can say goodbye to everyoneand bid farewell with a smile

Even though were far apart I love you dearly with all my heart.

The pieces of my memory if among them, just one, just one moment became strength to me

Sometimes when you realize there is no one by your side, you know it’s time to learn how to face things alone

They believe in my fake smiles and get suprised when I say I’m depressed

Am I not so good at hiding and controlling my feelings or are you just another liar saying you will help me if I tell you the truth?


( Just because something good ends doesn't mean something better won't begin )











Memories of a dreamer
"For yesterday's memories, today's love, and tomorrow's dreams I love you."
Pieces of note


Myra/8teen/Malacca/2346903E(bb pin)
You can't live your life in the past but live for today and tomorrow

Klik mana yang awak nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.

My Passion

"I just close my eyes because I might see your face. I just close my mouth because I might hear your voice. I just close my ears because I might hear of you, but I could not close my heart because I love you."


Your IP is :

Jgn tnya knp sebab aku xada jawapannya :'(
Aku nampak bezanya tatkala aku di sekolah rendah & menengah, dimana umur aku ketika itu dalam lingkungan 7-15 tahun, mama and abah kawal semuanya, kawal ke mana aku pergi, dengan siapa aku berkawan, di mana aku berada, setiap saat mereka akan menelefon utk update pasal aku. akan tetapi mereka cuba bagi yang terbaik untukku, mereka ikuti kehendakku, membesarkan aku dari kecil dengan penuh kasih sayang. Aku yang tak mengerti, ingin mencuba semuanya hingga mengguris hati mereka, namun apa jua yang aku buat masih terpahat di hati aku “ingat mama and abah”, abah beri kepercayaan kepadaku untuk menceburkan diri dalam bidang yang aku minati, abah tahu kemampuanku. terima kasih abah sebab faham along.

Tatkala aku 15 tahun, aku jumpa cinta, bukan cinta monyet, ni betul punya cinta. Alhamdulillah abah dan mama suka, restu aku berkawan dengannya, bahagia tak terkata. Tapi jodoh tak kesampaian, hubungan aku dan dia diakhiri dengan perpisahan. Jujur aku cakap beruntung siapa yang dapat berdamping dengan dia, aku doakan dia berjumpa dengan gadis yang betul betul terbaik untuk dia tapi bukan aku, I am not good enough for him. Aku jadi berubah, jadi lebih matang mugkin.

Sekarang aku di ambang 16 tahun, focus untuk berjaya dalam hidup, untuk bahagiakan family, untuk capai apa yg sepatutnya. Aku ingin berikan yang terbaik untuk diri aku. Cinta aku rasa patut untuk tolak tepi, aku tak nafikan yang ada cinta datang tak di duga, akan tetapi tak setulus cinta sebelum ni. atau mungkin tulus tapi aku yang belum bersedia? Entahlah,sayang mestilah sayang tapi macam apa yang aku kata focus aku adalah untuk berjaya bukan untuk bercinta. Aku tak kisah sekiranya cinta yang sekarang ni nak datang atau pergi, kalau datang aku jagalah seeloknya kalau pergi aku biarkan saja, bukannya aku tak pernah kecewa malah lagi hebat dari kecewa. Bukannya aku nak berbangga diri ataupun apa, Cuma berdasarkan apa yang aku lalui aku rasa aku dah cukup dewasa untuk tentukan apa yang terbaik untuk diri aku tapi aku masih perlukan petunjuk. Semua ini aku kongsi dengan yang maha esa Allah, mama and kawan yg rapat dengan aku, mereka tahu apa yang aku lalui.

Semenjak aku belajar dekat vokay melaka tengah, aku merasakan kedewasaan yang mendadak, banyak pengajaran yang aku perolehi. Betul, ramai yang culture shock, tapi aku bukan 1 of them bahkan aku kesian tengok sahabat seperjuangan yang berubah sekali petik je hanya sebab jauh dari keluarga, macam macam ragam dan kerenah mereka. aku tak mampu untuk beri nasihat. aku menjauhkan diri dari mereka, aku pun tak tahu kenapa. sampai orang cakap aku “budak sombong” dan macam macam lagi. kisahkah aku? Aku hanya tebalkan muka dan pekakkan telinga, kesian mulut mereka letih berkata kata.

Mama cakap aku nampak lebih matang, bahkan mama dan abah bagi aku kebebasan untuk pilih apa yang terbaik untuk diriku, aku dah ada tanggungjawab yang lebih besar, aku dah boleh suarakan pendapat dalam keluarga, kadang kala aku diberikan hak membuat keputusan, oh I’m growing so fast.

Abah dengan mama selalu cakap “berkawan selagi boleh, pilih kawan macam pilih intan permata” ye abah mama, along tak nafikan. Aku juga tak nafikan yang aku suka memilih. Abah juga cakap “starting from now boyfriend kamu semua abah tapis, abah tamaw anak anak abah kecewa, abah nak kamu bahagia bila kahwin nanti, hidup senang” pui abah dah fikir nunn jauh, aku hanya mampu tersenyum bangga ada abah macam abah . nampak tak? Aku nampak susah payahnya abah nak berikan yang terbaik untuk mama dan aku adik beradik. Biasalah sekarang ni ekonomi tak menentu, aku pun bukanlah berasal daripada keluarga yang senang tp sumpah atas nama Allah aku cukup bahagia dan bersyukur atas semuanya. Abah tegas dalam mendidik anak anaknya namun penyayangnya alahailah buat aku sentiasa merinduinya. Abah pantang dengar aku demam ke sakit ke apa, lagi lagi when aku jauh dari dia, hampir setiap hari aku call dia untuk tahu progress ku, dia lah pakar motivasiku, dialah supermanku. suka aku melihat tatkala dia romantic romantic dengan mama, pujuk memujuk, aduhhh, siapa mampu jadi mcm abah aku? Bolehlah masuk meminang aku. Ecehh.

Mama pula. seorang yang bekerjaya, I’m very proud of u mama, mama mama mama, dia menyabung nyawa nak melahirkan keempat empat cahaya matanya, pengorbanan seorang ibu tiada tolak bandingnya. Asuhan didikan tunjuk ajar. Dia dapat rasa di saat aku perlukan dia. Kalau aku kat sekolah, pantangnya dia if sehari tak dapat on the phone dengan aku, nanti dia merajuk, cakap aku lupa dia. “ish mama tak kan along nak lupa mama? Takkan mama, takkan even sesaat dan sedetik nadi atau senafas sekalipun. mama cakap “study well ye, mama nak tengok anak mama berjaya sampai puncak kejayaan” insyaAllah ma, berkat doa mama n abah soon we akan bagi kejayaan untuk mama n abah. mama juga cakap “ there will be someone for you, ingat, besar tanggungjawab bila sampai masanya, so sekarang study well, grab semuanya, capai cita cita tapi jangan lupa mama abah bila dah ada semuanya” maaaa kenapa suka cakap macam ni? Ingat kan “I’m like a baby to my mummy” ? hah along ada je untuk mama, macam mama ada untuk along lah. Aku tahu, mama dan abah nak tengok masa depan anak anak dia cerah bak “nur” daripada Allah.

Aku tak tahu kenapa rajin sangat aku type panjang berjelerrrr mcm ni. Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya tapi aku skip skip lah, takkan nak cerita setiap detik pula mahu bengkak jari jemari aku menaip, tak memasal mata korang bengkak seminggu dek baca entry ni, haha. Tapi yang pasti aku tak tahu apa puncanya aku bercerita pasal benda benda macam ni. Siapa tahu kenapa? Raise your hand and let me know pleasee :')

Mood: Sedih sangatsangat :'(


Newer Post
Older Post