Lalat, bukan palat oke? :)
Last week punya cerita. Cerita basi. Kau nak rasa rugi, bacalah. Eh, memang aku selalu mengarut hal yang merugikan korang pun dekat sini. Tak ada kaitan dengan hidup korang.hahahaha!
Last week, ibarat minggu aku jadi babi hutan. Aku benci itu. Aku benci ini. Aku marah semua orang. Aku bosan dengan semua orang. Tak cool kan? Memang lah tak cool. Hot babe, hot!!! *Kipas diri sendiri*
Semua orang buat palat dengan aku. Aku rasa, lalat lagi bermaruah waktu tu. Jangan main-main, lalat ada maruah tau.hahaha! Syukur lah, aku ada someone yang bila aku tengah marah or aku sedih ke ape, aku cari dia. Mulut dia je aku percaya. Buat masa ni.
Oh ye, kalau kau nak tahu. Aku tak akan guna babi sesuka hati. Cuma, dengan manusia yang aku rasa sekepala, sekaki dan tak sepayung je aku guna babi ni.
Kalau sial, memang dengan kucing pun aku guna. Ingat tuh. Jadi, kalau aku berbabi babi dengan kau. Sila jangan bersedih. Sila appreciate sikit. Motif? Sebab aku nak beritahu yang aku memang rasa ngam kawkaw tu dengan kau. Sekian cerita hal babi.
Sambung cerita palat last week. Aku sembur semua orang. Aku benci kot dengan orang. Perangai masing-masing jijik. Tapi, kawan aku cakap. Abaikan. Abaikan. Semua tak penting. Jadi, sebab aku ni teror sangat. Aku pun main psiko sendiri.
Aku cakap. “jangan salahkan orang. Kau sendiri pun sama jijik kadang-kadang”, orang bijaksana je cakap sorang-sorang. Kau ada???
So, dipendekkan cerita yang pendek ni. Tak ada siapa yang salah. Semua orang ada perangai masing-masing. Sila berbahagia je. Im free now. Jijik sikit-sikit tu sunat muaakad kadang-kadang. hahahaha!
← Newer Post
Older Post →