Pelajaran harini :-)
Hari ini aku belajar satu perkara. Bila kau sayang orang, sila sayang berpada-pada. Kau tak boleh mengharap macam kau anak raja langit. Lainlah kau anak keturunan Ayah Pin. Kalau kau tak ada kaitan dengan Ayah pin, jadi kau jangan nak mengada-ngada mengharap itu dan ini.
Dan aku juga baru belajar. Bila orang tu cakap 88 kali sekalipun dia sayang kau. Baik dengan mulut ataupun dengan isyarat jari. Mana tahu orang yang kau sayang tu bisu kan? Aku memang tak pernah pulaukan orang bisu faham.
Ok, nampaknya aku termengarut tanpa sengaja.
Ulang semula. Bila orang tu cakap 88 kali sekalipun dia sayang kau. Baik dengan mulut ataupun dengan isyarat jari, kau jangan percaya 100%. Kau cuma perlu percaya 20% sahaja. Itupun, pada aku dah banyak sangat.
Nanti. Apakata, kau percaya 10% sahaja.
Demi keselamatan jiwa dan raga kau jugak. Oleh itu, hari ini aku bukan belajar 1 perkara tetapi 2 perkara. Tahniah untuk aku.
p/s: Pergi mampss lah dengan kau lepas ni.
← Newer Post
Older Post →