Klik mana yang awak nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.
RULES : Don't SPAM !
My Passion
"I just close my eyes because I might see your face. I just close my mouth because I might hear your voice. I just close my ears because I might hear of you, but I could not close my heart because I love you."
Sampai saat ini aku masih tertanya-tanya apa yang aku dah buat ni ? Dah empat hari aku tertanya-tanya kenapa jadi macam ni ? Tiada jawapan. Semua tiada jawapan. Yang tahu hanyalah kau & Allah swt saja.. Setakat ni aku masih sabar tunggu jawapannya. Maybe sampai satu tahap nanti, sampai aku dah penat fikir, maka masa tu aku akan buang semua ni jauh-jauh.
Kau tak buat salah sebenarnya. Kau tak buat silap pun kat aku. Tapi aku tak tahu kenapa aku layan kau macam.. empty ! Kosong ! Kau pun perasan kan perubahan ni ? Nak tahu tak , dalam hati aku kau lah seorang kawan, sahabat, teman berbicara, teman suka duka, penasihat serta penghibur hati aku..
Aku biarkan fikiran ni dengan penuh persoalan. Sahutan aku tak terjawab. Senyap. Semakin dingin. Mood aku menjunam jatuh. Why we have to be like this, dear friend ?
Bukan sesenang tu aku lupakan kau, menidakkan persahabatan yang telah terbina, aku tak sanggup.. Dari dulu aku sedar, aku tak layak untuk berkawan dengan orang macam kau. Kehidupan kau yang jauh lebih berbeza dari awak. Kau ada kehebatan tersendiri. yang lelaki lain tak ada tapi aku hormat cara kau sebab kau tak pandang aku sebelah mata, dan always pedulikan aku.
Kau ingat semua kenangan kita ? Terlalu banyak yang tersurat, bukan tersirat. Maafkan aku andaikata aku mainkan perasaan kau.Bukan niat aku. Aku tersepit. Maafkan aku kalau kau rasa aku gunakan kau semata-mata untuk menjaga kepentingan diri sendiri & orang lain. Aku tak rancang semua ni. Aku bukan macam tu.. Kalau nak di kira, nak di tulis tentang kenangan & memori kita, memang tak terkira, memang tak terkata betapa indahnya segala setiap detik dengan kau. Cukuplah tengok kau dari jauh, dan tenung muka kau dari jarak yang dekat.
Kau terima aku seadanya sebagai teman kau. Kau biar kan apa orang kata pasal aku. Kau cakap kau tak kisah apa orang nak cakap. Sebab kau rasa kau faham aku macam mana. Aku tahu kita berhak memilih. Maafkan aku sekali lagi kalau kau susah terima apa yang dah jadi sekarang. Hati aku sakit sangat :'/
Aku selalu merajuk dengan kau, tapi kenapa tak dengan orang lain eh ? Dan kau, masih sabar, tetap pujuk aku tiap kali aku merajuk. Hehe kau cakap kau susah hati tengok aku merajuk dan kau selalu minta maaf dekat aku even benda tu bukan salah kau tapi aku terima maaf kau tu. Sebenarnya aku dah maafkan kau sebelum kau minta maaf lagi.
Kau take care sangat pasal aku. Aku suka. Serious aku suka. Aku terharu bila kau sungguh-sungguh cari aku kalau aku hilangkan diri. Sampai kau call aku banyak kali aku tak angkat, kau SMS aku tak reply. Tapi serious, aku rasa terharu sangat sebab kau caring sangat. Sampai orang lain pun perasan macam mana kau take care pasal aku.
Aku dah tak tahu nak cakap apa.. Kalaulah kau baca. Aku pasti kau mesti baca. Terpulang pada kau nak nilai aku ni jenis macam mana tapi serious aku memang dah tak larat dengan apa yang tengah jadi dekat aku sekarang. Semuanya dalam tangan kau. Kau yang berhak tentukan semua ni. Tapi setinggi manakah ego aku ?
Memang kau tak mampu nak lawan ego aku, kau tak mampu nak buang ego aku tu, kau tak mampu nak atasi kedegilan aku. Apa yang kau mampu hanya terima terima seadanya. Kau tak harapkan pape, sebab aku sikit pun tak heran dengan keadaan kau masa aku buat kau macam ni. Kejam kan aku?
Ramai yang pujuk aku, ramai yang bantu aku, bagi kekuatan pada aku. Aku sayang dorang macam aku sayang kau. Tapi aku nak kau tahu yang perasaan aku pada kau tak pernah berubah. Kalau makin bertambah tu mungkin ada la tapi pelik kan? Kau jangan guna alasan ni dan nak pergi jauh dari aku. Jangan tau. Orang kata, dalam kehidupan ni memang banyak dugaannya. Kau tahu tu kan? Aku akan sentiasa ada untuk kau. Tu janji aku selagi nyawa aku tak tercabut.