Aku dengan cara aku :')
Akhir-akhir ini aku banyak termenung. Mungkin luaran kata "hey aku masih positif!" pada semua mata tapi aku ada masa bila semua cuma kelam. Aku rasa lemas dalam pilihan aku sendiri. Aku tak salahkan dia. Cuma aku... aku biasa seorang. Aku biasa buat keputusan yang aku rasa terbaik. Cara pemikiran dia sangat lain. Mungkin ini permulaan untuk mengejar persefahaman. Tapi aku bukan pelari pecut. Aku cuma lari bila mahu kurus.

Tapi bila difikirkan semula, aku cuma buah catur Tuhan. Lurus atau bengkokkah aku, diluar kawalanku. Mengapa perlu terlalu risau, terlalu takut, terlalu sedih? Hidup terlalu indah untuk ditangisi.
Kalau untuk berputus asa, itu bukan aku. Aku percaya setiap baik buruk punya kesudahan yang terbaik untuk aku. Aku tidak mengharap agar dia faham atau dia akan sentiasa bersama aku hingga akhir waktu. Aku faham takdir. Aku faham Qada' dan Qadar. Aku faham jika dia bukan untuk aku. Cuma aku tidak boleh faham untuk masa yang singkat. Perlu muhasabah. Perlu tahu ke mana aku dan dia menuju.
Jadi, apa fungsi aku hari ini? Aku perlu tahu bahawa aku adalah untuk aku. Aku perlu galas tanggungjawab yang aku sudah setuju laksana. Aku perlu gandakan usaha, gandakan cita-cita. Aku adalah untuk aku. Mereka yang lain cuma perhiasan yang perlu aku gantung dalam rumah kehidupan kali ini.
← Newer Post
Older Post →