Tak nampak.

Sebenarnya sepi (atau diam) adalah lebih bererti dari keriuhan
Assalamualaikum.
Jam di'lappy' menunjukkan angka 12.51 pagi. Entahlah, susah mata nak lelap. Mungkin banyak berfikir. Atau apa? Ini rahsia aku dengan tuhan. Jalan lebih baik adalah. BERLAGAK TENANG. Ye, BERLAGAK TENANG.
Ada benda yang kita boleh share. Ada benda yang kadang kita nak luah tapi tak terkeluar kan. Ada benda yang kita tahu kita tak boleh sentuh tapi kita pelan pelan cuba nak jentik.
Tahu sebab apa? Sebab kita rasa diri kita dah cukup gah dan benar untuk bertempik mana atau apa silapnya. Kita fikir kita ni dah cukup teraniaya sampai airmata pun di paksa paksa terlimpah keluar.
Memang. Memang realitinya kita mahu defend diri kita. Nak explain lebih lebih pun tak boleh
orang tak kan faham. Nak sorok lama lama pun tak boleh jugak, banyak benda kena settle
sebab kita lain geraknya.
Hati kita, jiwa kita, cara kita, niat kita lain jalannya. So kita tak boleh nak kata "manusia semua sama". Harharhar, KELAKAR-nya. Sebabnya senang saja. Masing nak rasa megah. Kita nak angkat orang tinggi melangit pun kena urut dagu dulu kan takut bila yang melangit tu cium tanah, kita yang musnah.
Entahlah, aku sendiri fikir semua itu buang masa. Tak guna pertahankan hati dan perasaan kita untuk sesuatu yang terangan bukan milik kita atau sekurangnya belum tentu dalam pelukan kita.
Hidup ni sebenarnya,tak banyak pilihan. Tapi selagi kaki belum patah, teruskan perjalanan. Mulut kena bijak, hati kena kental, mesti kena senyum baru ah tampak manis. Selalu berlagak tenang. Macam aku.
p/s : I'm tuff enough. Jadi apa pun yang datang lagi dan lagi. Ia takkan lut. Aku dah cukup tebal dan kebal. Tembaklah. Tembak lah lagi. Sampai kau yang mati.
← Newer Post
Older Post →