Sedar diri
Aku sedar aku bukan orang baik. Manusia semua tak pernah lari daripada kesilapan. Hari-hari mesti ada silap sampaikan adakalanya kita sendiri tak sedar. Aku bukan cuba nak merendah-rendahkan diri sendiri tapi aku cuba bermuhasabah diri. Bukan senang nak buang semua benda yang sentiasa ada dalam hati kita sepantas kilat. It is not easy dude. But i'm still try for my future life. :')
Sebelum aku pejam mata, aku menangis. Sunyi. Sepi. Rindu. Ah, itu yang mampu aku kata setakat ni. Aku tak mampu nak pinjam bahu sesiapa untuk kali ni. Aku cuma mahukan bahu dia. Ya dia. Dia yang sentiasa dengar semua masalah yang tak pernah berhenti menghentam hidup aku. Perkataan tu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran aku, masih terngiang-ngiang. Sungguh, aku lemah. Tanpa dia :'(
Tapi aku kena berfikir ke depan. Positif. Ya perlu positif. Bukan hidup dia hari-hari untuk dengar masalah aku. Aku takan bebankan fikiran dia lagi dengan perangai aku. Aku bagi dia bebas. Bebas terbang macam burung-burung di langit. Ah, aku taktahu apa yang membelenggu fikiran ni. Kusut!
Hati. Ya hati aku yang mampu dengar.
Bukan aku berlagak bagus, cuma aku.
Perempuan yang tak akan pernah kenal erti KALAH.
Tuhan, kuatkan aku. :'(
← Newer Post
Older Post →