{ Getting used to the pain }
"Welcome to my blog which consists of everything about me, you just have keep reading "
The excited feeling is the first time for this sensation.
I feel like I’m under a spell when I look at you.
Please help me so that I can say goodbye to everyoneand bid farewell with a smile
Even though were far apart I love you dearly with all my heart.
The pieces of my memory if among them, just one, just one moment became strength to me
Sometimes when you realize there is no one by your side, you know it’s time to learn how to face things alone
They believe in my fake smiles and get suprised when I say I’m depressed
Am I not so good at hiding and controlling my feelings or are you just another liar saying you will help me if I tell you the truth?
 ( Just because something good ends doesn't mean something better won't begin )
Memories of a dreamer
"For yesterday's memories, today's love, and tomorrow's dreams I love you."
Pieces of note
Myra/8teen/Malacca/2346903E(bb pin)
You can't live your life in the past but live for today and tomorrow
Klik mana yang awak nak. Bersesuaian dengan tajuk lah.
My Passion
"I just close my eyes because I might see your face. I just close my mouth because I might hear your voice. I just close my ears because I might hear of you, but I could not close my heart because I love you."
Your IP is :
Percaturan hidup
Assalamualaikum. Harini aku kembali bermonolog. Mungkin lama tak kelihatan. Aku sekarang sibuk mencari rezeki. Yang halal ke jalannya. :') Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah. Segalanya berjalan dengan baik dan sangat tenang. Walaupun hari-hari aku sunyi tapi aku tak mahu mengeluh atau apa. Sebaliknyaaa hanya redha dengan keadaan. Seseorang pernah nasihatkan aku supaya selalu terima setiap apa yang jadi dalam hidup kita. Jangan anggap benda yang jadi tu paling susah sebab semuanya akan jadi susah. Lagi-lagi bila kita tunggu seseorang. Anggap je semua tu paling mudah pernah kita dapat. Dan alhamdulillah, aku rasa semua yang jadi telah dipermudahkan olehNYA.
Pejam celik, hari yang aku tunggu semakin dekat. Hampir 3bulan. Akhirnya akan berakhir. Mula-mula semua tu susah sangat. Tapi lama kelamaan semuanya jadi sangat mudah. Syafiq, aku rindu kau. Cepat pulang ye. :'(
Mimpi jadi realiti
Assalamualaikum.
Hari minggu ni merupakan hari untuk aku goyang kaki dekat rumah. Bhahah :D Kalau ada kerja aku buat lah. That's mean hari minggu ni lah aku dapat berehat dekat rumah. Alahai :-| Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dari Yang Maha Esa untuk teruskan kehidupan :')
Malam tadi aku macam tak senang tidur tau. Kejap-kejap terjaga. Entah kenapa, semenjak dua menjak ni aku kerap sangat mimpi dia. hampir setiap malam dia datang dalam mimpi aku. Walaupun kadang-kadang dalam mimpi tu aku tak berapa nampak muka, tapi mimpi tu tetap bagi aku anggapan yang tu dia. Dan malam tadi aku mimpi dia lagi.
Dalam mimpi tu aku dapat mceg daripada dia. Entahlah, tiap mimpi aku bukannya mimpi yang merepek-repek. Tapi semua mimpi yang datang dalam setiap tidur aku tu macam aku tengah sedar dan tengah berfikir. Macam mana eh nak explain. Ah lantak lah. Memandangkan harini hari sabtu, hari yang aku tungu-tunggu setiap minggu. Street mimpi tu buat aku berfikir yang dia dah dapat hp.
Dannnn.
Bunyi mceg masuk. Antara sedar atau tak sebab tengah tidur. Tetiba aku terfikir yang bunyi mceg tu aku setkan untuk contact name dia je. Tetibe kan " gud morning dear". See! Mimpi aku jadi realiti. I miss youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu my dear :')
"You were in my dream, but came back a reality."
Aduh emak, kawinkan aku bhaha :D
Assalamualaikum. Ahlan wasahlan.
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus beribadah kepada Allah s.w.t. Walaupun tidak sesempurna mana, tetapi aku tetap mencuba untuk sempurnakan semuanya perlahan-lahan. Dah 25hari tahun 2013 berlalu kan. Dan, sudah 25hari jugak arwah Mael pergi. Kadang-kadang tu teringat jugak senyum arwah bila termenung :') Walaupun tak dapat ziarah masa hari arwah meninggal, aku masih berkesempatan sedekahkan surah Yaasin dan berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga Allah kurangkan segala beban yang ditanggung arwah. Amin ya Rabbal a'lamain. Al-fatihah.
Okay kita berbalik kepada tajuk. Hahah kelaka kan tajuk tu. Actually cerita dia macam ni tau. Harini belakang rumah aku riuh rendah bunyinya dengan macam-macam lagu dorang mainkan campur karoke lagi. Sebabnya ada kenduri kawin. Okay, sekarang dah fahamkan kenapa tajuk entry aku macam tu? hihi ^,^V
Orang lain yang kawin, aku pulak yang excited post kan.
Hati ni timbul rasa teringin tetiba. Meriah kan bila ada kenduri kawin. Lagi-lagi kalau belah perempuan. Dengan majlis berinai lagi. Whoaaaa, my favourite tu kalau berinai. Haha aku teringat lagi Syafiq pernah cakap something tau masa tengok aku pakai inai dekat tangan dan kaki. "nak jadi keling ke ape ni" how dare you! Hahah bende tu bukan serious pun. Dia suka mengusik aku. Pantang tengok aku senang sikit, ada je benda dia nak usik. Haaa tu yang buat aku sayang tu :P Hah lepas tu, kalau belah perempuan adanya bunga api lagi. Adik aku kemain excited lagi tengok bunga api tadi. Aku pun tumpang sekaki siap snap-snap. Hahah konon macam suasana merdeka ke, new year ke kan. Hahahah :D
Nak tahu tak. Adik aku yang second last tu asyik tanya dekat mama aku je bila aku nak kawin. Woi aku baru 18tahun tau. Kemain kau ye, seronok lettuw kalau aku kawin. Siap cakap kat mama lagi 'nanti kita letak pelamin dekat sini, sini, sini bla bla blaaa'. Hahah nampak tak kemain excitednye adik aku tu suruh aku kawin. Kalau Syafiq masuk meminang, baru lah kawin. Nampak tak gatal aku dah datang? Hahaha :D
Actually aku belum bersedia. Aku tahu Syafiq pun macam aku jugak. Dia pergi PLKN pun dia kata dia nak dia berubah. Takna bila keluar, kosong. Macam tak ada perubahan. Aku harap, bila dia dah keluar nanti, dia akan jadi lelaki yang lebih bertanggungjawab. Amin amin aminnnn.
Aku nak capai dulu cita-cita aku. InsyaAllah aku nak habiskan study sampai pHD ke atau yang lebih tinggi lagi. Hahah tinggi kan cita-cita aku. Aku nak jadi engineer yang tersohor. Bhaha baru boleh fikir pasal kawin. Sekarang ni hanya angan-angan tahi ayam je. Aku serahkan semuanya pada Allah s.w.t. Sesungguhnya DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. :")
"My advice to you is, never lose your passion to dream."
Meera Zaidi
Muka Merah :$
Berjalan dengan penuh bangga ke motor yang menjadi pilihan hati. (Honda wave)
Dengan muka yang kelat mencuka.
Tiba-tiba.
' Dah makan ke belum?'
Angguk.
' Sihat ke tak?'
Angguk dan senyum tak ikhlas.
Dalam hati ' banyak tanya betul orang tua ni'
Aku tuntun motor ke tempat menunggu giliran untuk menjalankan latihan.
Semua mata memandang ke arah aku.
Mama, adik-adik, jurulatih, dan orang sekeliling. Senyum menahan ketawa. Geli hati mungkin.
' Ape kena'. Sahut hati aku dalam diam.
' Along, helmet (sambil tunjuk kepala)' kata mama.
Okay aku dah faham kenapa orang sekeliling memandang.
Malu. Muka merah. Berlari anak mendapatkan helmet.
Tahu tak semua orang ketawa.
Ah, celaka.
' Tu lah aku tanya dah makan ke belum kata dah. Aku tanya sihat ke tak, kata sihat'.
Bising orang tua tu.
Aku hanya mampu ketawa, tahan malu.
Balik rumah. Tunggu dia balik dan mesej.
Kemudian mula cerita.
' Hahahahaha' dia ketawa.
Keluar dating.
Cerita lagi.
' Hahahahaha' dia ketawa lago.
Cebik muka.
' Alololo (sambil pegang dagu)'
Hati aku ' so suwittttttt'.
Senyum dengan penuh makna.
Ya. Benar-benar bahagia.
Tahu apa makna ini?
Ya. Kenangan!
2012 dalam kenangan.
Back to the moment
Nampak tak gamba dekat atas ni? Alala muka masing-masing macam budak-budak kan. Penuh dengan kenangan yang sentiasa terpahat dalam hati sampai bila-bila. Gambar nii masa first time jumpa dia. Tarikh yang tak akan dapat aku lupa (31 Julai 2011) hari last sebelum puasa. 1 Ogos, tahu tak apa jadi? Hihi hari yang ketiga penting dalam hidup aku. Yes, our anniversarry.
Sebenarnya, hidup aku dari hari pertama kenal sampai lah hari ni dengan dia penuh dengan kenangan. Kekal dalam ingatan. Tak ada sesiapa pun dapat padam. Biasalah, hidup berpasangan penuh dengan pasang surutnya. Alhamdulillah, dapat bertahan sampai sekarang. Bersyukur sangat. Dia betul-betul memahami walaupun kadang-kadang menyakitkan hati :-P
Biar aku tanam kenangan aku dalam dunia maya ni. Suka duka, gelak tawa semuanya bermula sejak kenal dia. Entahlah, hati aku tak pernah berhenti dari ingat dia. Sampai mati. Tak akan pernah. Sekurang-kurangnya, bila aku dah pergi, kenangan kita aku simpan untuk tatapan kau satu hari nanti. Mungkin kerinduan tu perlahan-perlahan akan terubat. :')
Sungguh, aku tak sanggup hilang kau untuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.
I miss you :')
Sedar diri
Aku sedar aku bukan orang baik. Manusia semua tak pernah lari daripada kesilapan. Hari-hari mesti ada silap sampaikan adakalanya kita sendiri tak sedar. Aku bukan cuba nak merendah-rendahkan diri sendiri tapi aku cuba bermuhasabah diri. Bukan senang nak buang semua benda yang sentiasa ada dalam hati kita sepantas kilat. It is not easy dude. But i'm still try for my future life. :')
Sebelum aku pejam mata, aku menangis. Sunyi. Sepi. Rindu. Ah, itu yang mampu aku kata setakat ni. Aku tak mampu nak pinjam bahu sesiapa untuk kali ni. Aku cuma mahukan bahu dia. Ya dia. Dia yang sentiasa dengar semua masalah yang tak pernah berhenti menghentam hidup aku. Perkataan tu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran aku, masih terngiang-ngiang. Sungguh, aku lemah. Tanpa dia :'(
Tapi aku kena berfikir ke depan. Positif. Ya perlu positif. Bukan hidup dia hari-hari untuk dengar masalah aku. Aku takan bebankan fikiran dia lagi dengan perangai aku. Aku bagi dia bebas. Bebas terbang macam burung-burung di langit. Ah, aku taktahu apa yang membelenggu fikiran ni. Kusut!
Hati. Ya hati aku yang mampu dengar.
Bukan aku berlagak bagus, cuma aku.
Perempuan yang tak akan pernah kenal erti KALAH.
Tuhan, kuatkan aku. :'(
Syukur Alhamdulillah.
Pernah tak kau rasa macam kehilangan? Maksud aku, bila orang yang selalu ada dengan kau. Tiap-tiap hari contact kau tiba-tiba hilang. Ya, aku dah rasa. Sakit. Sampai dah tak terluah. Sebenarnya, bukan pergi ke mana pun. Bukan hilang ke mana cuma dia pergi berjuang. Berkhidmat untuk negara. Bagi aku, aku tak kisah langsung bila tengok dia balik untuk raya Cina ni dengan perubahan fizikal. Haha maksud aku, kepala botak dan muka semakin gelap. Aku tak kisah pun semua tu, sebab kau ada dalam hati aku. Aku simpan dalam-dalam biar tak ada orang yang dapat capai. Selamat berjuang. Sumpah aku rindu ;')
Mungkin aku manja kan diri aku dengan semua ni. Tapi aku tak rasa beban bila aku sayang lelaki macam dia. Aku rasa macam aku benar-benar bertuah sebab dapat kenal dia. Ya aku mengaku. Dulu aku selalu sia-sia kan dia. Dulu memang aku benar-benar celaka. Ah, kejamnya bila ingat semua tu. Tapi syukur, dia lelaki yang tabah. Walaupun banyak kali hati dia terguris dengan tingkah laku aku, tapi aku benar-benar ingin katakan yang aku perempuan yang bertuah.
Alhamdulillah, sejak 2012 hubungan kami mula rapat. Sejak tu, aku rasa aku perlu ubah diri aku untuk jadi seperti diri aku yang sebenar. Memang aku bukan perempuan baik, tapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk dia. Itu janji aku. Aku tahu, mungkin terlalu awal untuk aku fikir pasal jodoh. Tapi, kalau dia benar-benar jodoh untuk aku, alhamdulillah. Aku bahagia. Sejujurnya, dia lelaki baik. :')
Dia benar-benar bukakan mata aku untuk pandang dia seorang saja. Dia benar-benar ajar aku supaya menghargai orang dan paling aku terharu, dia ajar aku untuk hormat sahabat dia. Aku malu dengan dia, dia dan dia. Mungkin aku silap. Aku tak patut fikir benda yang bukan-bukan. Aku tak patut control dia. Mungkin sebab aku terlalu sayang, aku bikin sesuatu hanya untuk kepuasan hati aku sendiri. Mungkin aku pentingkan diri masa tu. Entahlah, bila aku fikir balik. Aku tertanya-tanya.
Aku ke yang salah selama ni?
Aku ke yang suka uji tahap kesabaran dia?
atauuuuuuuu.......
Aku terlalu ego dalam semua hal?
Kepada yang terlibat dalam agenda aku yang tersangat pentingkan diri ni, aku mohon maaf. Mungkin betul kata kau. Aku terlalu berdendam. Mulanya, aku rasa macam aku nak peram lama-lama biar jadi lebih hitam. Tapi sayang seribu kali sayang, tuhan sayang pada hambaNya. DIA benarkan aku lepaskan semua. Dia benarkan aku relakan semua. Mungkin juga salah aku. Aku tak patut bikin sesuatu yang drastik. Tapi itu benda lalu. I can forgive but i won't forget :'(
2013. Tahun permulaan untuk aku muhasabah diri. Doakan aku lebih sabar dan doakan aku supaya aku mudah untuk memaafkan orang lain. Aminnn. Aku harap, perubahan ini akan bagi impak yang paling besar dalam hidup aku. Dalam pada itu, aku tak sanggup hilang dia. Ya lelaki itu. Aku dah tanamkan nama dia dalam hati. Aku dah pagarkan dengan dinding besi supaya tak ada nama sesiapa pun akan gantikan nama dia. Tapi kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Doakan, semoga dia ditakdirkan untuk aku. Amin :')
Semoga dia selamat dekat sana. Kem Karisma Kuala Pilah.
Aku tunggu kau balik. Ada hadiah macam yang aku janji kan.
Aku tunggu :')
Kem Karisma Kuala Pilah.
Bimisllahirahmanirrahim.
Harini hari ke 3 aku rindukan seseorang. Aku harap dia sentiasa selamat dekat sana dan aku yakin dia tetap berpegang pada janji dia sebelum dia pergi :') Kem Karisma Kuala Pilah. Ye, Syafiq antara salah seorang yang terpilih untuk berkhidmat untuk negara. Memang tak dinafikan, semakin hari semakin rindu sebab aku tak pernah pisah lama dengan dia. Sebab tu lepas dia pergi PLKN sejak 3hb tu, aku macam rasa kehilangan. Tapi takpa, aku akan sentiasa berfikiran positif. :')
Aku ingat lagi malam sebelum hari dia nak pergi, dia mintak aku hanta dia esok (3hb) dekat MITC. Masa tu air mata laju je mengalir. Aku memang nak hanta dia tapi aku taktahu nak ajak siapa sebab kawan-kawan aku semua dah kerja. Last-last dia tak bagi aku pergi sebab risau aku sorang-sorang dekat sana sebab ramai sangat manusia hari tu. Sepanjang perjalanan dia dari Melaka ke Kuala Pilah tu, aku dapatlah lepaskan rindu ni. Even dapat mesej sekejap je sebab dia pening kepala naik bas sambil mesej (huhu manja betul anak pakcik Razi ni), okay takpa lah aku tunggu sampai dia sampai Kuala Pilah.
' Syg b dah sampai'. Tu lah yang dia kata masa dia sampai Kuala Pilah. Masa tu air mata aku pun laju je mengalir. Macam tak sangka aku tak dapat jumpa dia sebulan lebih sementara nak tunggu dia balik masa Hari Raya China ni. Serious memang rasa kehilangan lah sebab takda sorang pun dapat ganti tepat dia. So selama sebulan lebih ni lah aku rasa aku tiap-tiap hari menangis sebab bila teringat je, mesti menangis. Hai sayang betul aku dekat kau kan :')
' Iloveyoutoo syg'. Hm itulah mesej terakir dia masa hari tu. Tapi aku still confiused sebab hp dia on sampai sekarang. Haha tapi aku yakin, kalau hp dekat tangan dia, mesti dia mesej aku punya. However it is, i'm still trust u. :-) Tetiba aku teringat malam sebelum dia nak pergi.
'Rasa macam tak lengkap je *buat muka*'.
'Tak lengkap kenapa?'.
'Yelah, tak dapat bagi apa-apa sebelum b pegi.'.
Ya Allah, masa tu aku rasa macam nak menangis but i'm still cool :')
'Takpa lah, gambar kan ada (berlagak tenang tapi air mata dah bergenang dah)'
Haritu lah hari terakhir dapat jumpa dia sebelum dia pergi PLKN. Sebelum dia hantar aku balik rumah, aku niat dalam hati. Aku janji dengan diri aku sendiri. Aku tetap akan tunggu dia balik. Saya tunggu awak balik okay. :')
p/s: I love you so much :')
Meera Zaidi
I am new ;-)
Selamat tahun baru semua. Tahun 2012 banyak mengajar dan banyak bagi pengalaman manis dan pahit dalam hidup ni. Aku dah buang segala rasa yang terpendam dalam hati ni dan nak mulakan hidup baru. Semuanya yang serba baru. Semoga segalanya tercapai. Aku tak perlu describe azam untuk tahun 2013 ni. Biar semuanya aku pendam dalam hati. Tapi aku yakin, aku mampu lakukan semua yang aku harapkan tanpa pandang ke belakang lagi. Mungkin aku akan berubah, insyaAllah jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Doakan aku dapat capai semuanya. Aminn ;-)
Untuk Aney Diah, aku doakan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila. Amin. Tetiba teringat kenangan dekat sekolah. Macam tak sangka kan, akhirnya alam persekolahan tu dah berakhir. Dulu masa sekolah, minta cepat-cepatlah habis sekolah, tapi bila masa tu datang, tetiba diselubungi perasaan yang tersangatlah bosan T_T Jaga diri dekat sana okay. Kerja elok-elok dekat sana, aku tak dapat teman kau * sobs sobs :'( *
Ah aku sebenarnya diselungi rasa sakit hati yang teramat sangat. Sekaligus perasaan sedih yang datang ni betul-betul macam nak membunuh hati aku. Mungkin dia tak faham apa aku rasa. Perasaan orang yang ditinggalkan tak sama macam perasaan orang yang meninggalkan. Tapi aku 'DITINGGALKAN'. Aku rasa semua tu. Kau tak rasa apa. Apa kau tahu tentang hati aku? Apa-apa pun aku harap kau jaga diri bila dah pergi. Kalau ada yang lebih baik dekat sana, buatlah keputusan untuk hidup kau sendiri. Aku bahagia bila kau bahagia. Mungkin ambil masa untuk itu. Selamat melangkah ke dalam kehidupan yang baru. Ah celaka ni semua. :'(
Surat cinta #2
assalamualaikumhari ini aku menulis sebagai aku bukan gua saya mahupun adik beradik dengannya.barangkali ia tidak manis seperti teh tarik di restoran subaidah tetapi ia sesuwitttt like cokolat .aku menulis tentang cinta.istikharah cinta namanya.aku percaya pada kuasa Maha Pencipta.aku bukanlah dewasa lagi. mahupun belum teringin jadi dewasa. belum puas juga jadi remaja. tapi aku punya impian. impian berkenaan cinta dan ingin memiliki cinta.DAHULU......... ,aku kerap benar rasa kecewa. kadang aku tidak setia. kadang juga aku bertemu orang yang salah dan separuh nyawa aku menyayanginya. aku bertemu dan bercinta hampirtujuh bulan lamanya. pada akhirnya dia pergi meninggalkan aku terkojol sepi bak bulan purnama. dua bulan aku seorang tanpa lelaki yang benar. aku tidak mencari mahupun mengharap punya pengganti. tetapi dah nama macam cerita p.ramlee. petik sepuloh sejuta datang. opkoslah aku mawar pujaan *perasan* .hurmkerap benar terjadi sesuai cuma sebulan,tiada sefahaman kemudian putus. bertemu lagi seorang lengkap padanya ciri lelaki buat suami tetapi sayang ,setia dan sayang dia cuma pada kekasih lama. dan terakhir aku berjumpa seseorang yang dekat dalam hati aku tapi sayangnya dia tahu hanya bermain walaupun dia tak sedar diri dia sangatlah hitam jauh berbeza dari aku. kena mandrem agaknya.sebab tu payah nak lepaskan dia. kemudian aku berjumpa lagi dengan seorang lelaki yang omak aku selalu puji-puji kan sampai omak aku pun restu aku dengan dia siap jumpa omak dia lagi. konon nak rapatkan silaturrahim katakan. tapi hubungan kami hanya bertahan hampir 2tahun lamanya. waktu tu aku diselubungi rasa terkilan dan teramatlah benci pada lelaki sebab dia tinggalkan aku tanpa sebab.pada akhirnya aku berjumpa lagi. tidak pula aku serik. kerana aku cuma harap ada yang menemani sepi aku.kenapa entah perjalanan aku dengan dia sangat sukar.aku menempuh satu macam dugaan yang tidak pernah aku alami dengan orang lain.kami datang dari kelompok yang sama.dimana aku mengenalinya sejak aku masuk sekolah baru..mulanya kami berkawan,akhirnya kami ke fasa bercinta.itu pun setelah aku yakin dia mampu menyayangiku,menjagaku dan mencintaiku walaupun ada berkata dia tak seperti yang aku kenal sebenarnya.aku pun buat-buatlah pekak supaya aku tak dengar orang bercerita buruk tentangnya.tapi aku manusia bernama perempuan.aku sedih sebenarnya dia masih dilabel yang negatif waktu itu.hanya selepas hampir lima bulan.aku melalui satu fasa dimana perlahan-lahan aku belajar untuk lebih matang dalam perhubungan.memikirkan arah tujuan cintaku. inilah cerita isthikarah cintaku.tidak kami sangka prmulaan yang sangat menguji kami akhirnya menemui tanda noktah dan tak mampu untuk meneruskan ayat seterusnya, kalini aku betul-betul rasa serik yang teramat sangat. Hati aku, harapan aku hancur sebab aku terlalu bodoh harapkan yang baik-baik dan yang indah-indah anatara aku dengan dia. Memang tak dapat dinafikan setelah mengenali dia hati aku betul-betul letakkan 99% dekat dia. Walau besar mana pun masalah yang diuji aku tetap fikir kedepan dan inginkan apa yang aku harapankan tetap tercapai. Akhirnya pada 25 disember iaitu pada hari yang malang ini bersamaan hari krismas, hubungan aku dengan dia menemui titik noktah. Aku menangis sekuat hati aku untuk luahkan segala rasa yang terpendam selama aku menjadi milik dia yang tidak sah. Cewah. Dia tinggalkan aku tanpa sebab. Aku pun tak dapat tangkap lagi apa salah aku. Aku cuma harapkan apa yang telah jadi ni ada hikmah dan disebalik kesabaran aku, aku yang Allah Yang Maha Esa aku beri aku ganjaran yang amat hebat dan lagi indah daripada apa yang aku lalui hari ini.
semoga bahagia hingga ke syurga. insyaallah.amin
Surat Cinta #1
Kehadapan Syafiq:
Kenapa dalam berjuta lelaki, hanya enkau saja yangg berjaya tutup mata aku dan hanya melihat engkau saja?
Kekasihmu,
Miera
Untungnya jadi kau
Marah macam mana pun aku, benci tahap meluap - luap, menyampah teramat, sakit hati yang tak dapat dibendung, kemaafan juga yang aku bagi.Entah kenapa hati aku begitu lembut. Even tertipu, rasa ditipu berkali singgah dalam hati, kemaafan juga yang terungkap dalam kata-kata.Sebab apa? Sebab aku sayang kau. Kau tau. Kau sedar. Kau nampak. Tapi akhirnya, penipuan juga yang kau pilih. Namun, kemaafan tetap kau dapat dari aku.Even aku sakit hati, aku simpan. Aku menangis, bibir aku tetap mengukir senyum. Aku tau kau tipu, tapi aku tetap buat tak tau. Sebab apa? Sebab aku sayang kau. Kau tau tentang tu. Tapi siapa aku? Aku bukan sesiapa.Apa pun yang kau buat,Apa pun yang kau bagi,Kau tetap akan dapat KEMAAFAN tu sampai bila-bila.
Bukan budak sekolah lagi ;-)
HI semuaa. How long i didn't update this blog. Huh -.-'' Akhirnyaa.
Takda lagi kena bangun pagi bawa moto pergi sekolah.
Takda lagi kerja sekolah.
Takda lagi sakit hati hadap someone.
Takda lagi jumpa budak yg hura-hara tu (ehemm)
Semuanya takdaaaaa dah.
Haha sekarang. Aku tengah tunggu LEVIS ni ha entah bila nak call masuk kerja.
Bosan je duduk rumah.
Kayh takda idea. Byeee
Andai Itu Takdirnya :')
 In fact, hati ni hanya diri sendiri yang tahu. Mulut boleh kata happy tapi hati kita, kita tak boleh tipu kan? Heheh sebenarnya banyak sangat hati ni terusik. Al maklum lah, hati aku ni sensitif sikit. Hihi memang nak ubah, tapi kalau dah namanya tabiat, memang susah lah kan. Yelah, macam laki yang hisap rokok, bukan senang nak berhenti macam tu je kan. Alaaa tu aku bagi contoh jela. Jauh ayam dari api yang nak kena panggang tau kalau aku pulak yang smoke. Haih merepek -.-'' Sekarang ni aku rasa aku dah kuat untuk tempoh hari esok esok dan esok. Tahu tak kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku dah boleh kumpul kekuatan aku sejak aku baca novel 'Lafazkan Kalimah Cintamu'. Fuhhhh, feeling habis beb. Banyak lesson aku dapat dari novel tu. Thats why aku berani tempoh hari esok tanpa takut-takut lagi :') Sebenarnya niat aku satu je. Nak diri ni happy dan orang yang sekeliling aku happy. Itu aje. Sebab tu, aku dah boleh hadap dah hari esok. Ish dari tadi tak habis-habis cerita pasal hari esok je kan. Okay, street to the point. Aku nak orang yang aku sayang BAHAGIA. Susah sangat ke nak faham perasaan ni? Hati ni? Sampai bila aku kena tipu diri sendiri? Harap kebahagiaan tu akan datang pada aku satu hari nanti. Amin Ya Rahman :')
Untuk perempuan yang patah hati.
 Macam aku :')Walaupun jauh dari mata, kau masih lagi dekat dalam diri aku. Tak pernah jauh, tak pernah lekang. Bila semua benda sekeliling aku ingatkan diri engkau. When every person around me, still reminds me of you. Because we envolve around the same person in our lives. Aku nak mula hidup baru. Tolong doakan aku selamat sampai ke penghujungnya, boleh ? Sebanyak mana aku cuba yang terbaik untuk berjaya dalam hidup ni, aku pun doakan agar kau pun dapat kejar cita cita kau. You will. I have faith in you. You will. Kalau semua orang kata kau takboleh, aku sentiasa akan kata kau boleh. Tahu sebab apa? Sebab aku percaya kau memang boleh. Jangan pernah mengalah. Aku akan sentiasa ingat semua pesan pesan kau Tak pernah lekang pun dari kepala, cuma antara nak ikut atau tak je. Sebab degil, tu pun belajar dari kau -.-' Tapi apa pun, aku akan cuba sentiasa ingatkan diri aku yang aku tabah. Aku tak kan biar orang pijak kepala aku lagi. I miss you. Please take care. Myra.Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku, sepanjang hayat hidupku. Amin.
Hati aku adalah antara perkara dalam dunia yang cuma dihargai selepas ia mati.
 Cuba lihat atas. Atas lagi. Perhatikan warna langit di atas tadi. Mendung bukan? Cuba dongak lagi. Makin gelap kan? Tunggulah seminit dua. Pasti angin halilintar semua akan sama sama datang. Dan kemudian air hujan turun dengan selebat lebatnya. Turun basah kan kita. Angin, ribut petir sama sama ada. Dan akan terus ada. Samakan apa yang terjadi tu tadi dangan apa yang aku rasa sekarang. Walaupun di akhirnya akan cerah. Hujan akan berhanti. Ribut dan petir akan penat. Dan munculnya pelangi. Yang sebenarnya tak sampai seminit dua pun terangi hati.
Orang mesti kata. 'Losernye kau asyik kena tinggal'. Hakikatnya, hanya orang bodoh yang boleh kata macam tu. You know why? Bila aku sedih, aku selalu cakap dengan diri sendiri.
Atleast bukan aku yang give kan? Atleast bukan aku yang mengalah kan? Atleast bukan aku yang putuskan keadaan kan? Atleast bukan aku yang tolak ape yang Allah beri dalam hidup aku bila aku dah taknak kan?
Itu bukan aku! Itu semua bukan aku :'( Aku cuba telan hakikat yang orang tgglkan aku. Aku kesian dekat diri sendiri. Siapa kata senang nak lepaskan orang yang kita sayang kan. Tapi kau kena tahu, semua orang tak sama. Kita dikurniakan hati lain-lain. Kau takan faham. Mungkin sikit, tapi bukan sepenuhnya. Yang akan sepenuhnya faham hanyalah diri sendiri dan Allah, yang mencipta kita dan tahu isihati kita yang tersirat.
Mana kau pergi ketabahan hati? Kuatkan lah hati aku. Aku penat :'( A woman who truly loves you will be angry at you for so many things, but will stick around.
Goodbyes
To me, GOODBYES are painful :')
Aku bukan orang yang mudah untuk terima ucapan goodbye from someone. Lagi-lagi bila orang yang ucapkan tu dah cukup bagi impak dalam hidup aku, yang buatkan hidup aku makin hari makin indah. Walaupun dalam jangka masa yang terlalu singkat.
 Rela tolak ego, layan kerenah engkau. Rela tolak ego, minta maaf & terima maaf. Rela tolak ego, semata mata sebab taknak pergaduhan tu berpanjangan.
Bukak lah mata. Kalau itu pun manusia tak nampak, macam mana nak belajar menghargai kehadiran orang yang terbaik untuk diri engkau.
To be true, I am thankful enough to have you in my life when all you did was put a smile on my face. Despite the fact that I am full of sensitive issues, and nonsense feelings, I never did regret spending the good old days with you. It's still good, to know that we still cared about each other,and still trying our best to make each other laugh day by day. #forsomeonethatImiss :')
Monolog Hati #2
Allah , Ajarkanlah aku erti nikmat daripada sebuah kesakitan. Allah , Ajarkanlah aku betapa pentingnya usaha saat jiwa lemah tak berdaya. Allah , Ajarkanlah aku untuk mencintai masa saat kesibukkan melanda. Allah , Ajarkanlah aku besarnya makna kesabaran saat hati luka kecewa. Dan Allah ... Ajarkanlah aku erti berpada-pada , saat hati merasa cinta pada hamba. Aku tak ingin jauh dari-Mu .
Tak apa, aku telan.
Syafiq, masih ingat lagi ayat ni?(rujuk tajuk) :') Secara jujurnya, aku ingin katakan kepada diri aku sendiri 'tahniah kerana anda seorang yang tabah'. Selama ENAM-HARI aku menjalani liku-liku kehidupan yang sangat memeningkan kepala dan kebanyakannya pahit daripada yang manis. Yang kebanyakannya menjatuhkan aku, membuatkan aku kesedihan tanpa seorang pun ampuh aku dari belakang. Tapi alhamdulillah, aku mampu tahan lagi. Aku nak kata dekat diri aku sendiri, perjalanan aku bukan setakat ini. Pedih sendiri, rasa sendiri :')
Aku cuba telan hakikat yang kau dah kurang ambil perhatian tentang aku. Dan aku cuba telan hakikat itu lagi dan lagi, semakin hari semakin jauh antara aku dan kau. Kau sedar tak semua tu? Pernah kau sedar? Atau kau cuma sedar ENAM-HARI ni kau dah berjaya sakitkan hati aku, lukakan hati aku sampai aku sendiri mampu berlakon depan kau? Kau sendiri kenal rentak aku. Kau kata kau faham perihal aku. Habis! Kenapa kau tak boleh baca apa yang aku rasa selama ENAM-HARI ni? Boleh bagitahu aku. K-E-N-A-P-A?
Bukan niat aku, nak kau layan 24jam. Bukan. Cuma aku nak kau jadi macam dulu. Yang selalu teman, susah senang aku. Bukan teman aku bila tengah bosan. Hari-hari aku fikir, apa lagi silap aku. Sebenarnya, aku rasa macam diri aku ditolak macam tu je, tanpa apa-apa. Yang selalu buat aku hairan, kalau bukan salah aku, kenapa, aku? Sebanyak mana yang aku fake kan perasaan aku untuk buatkan macam aku normal, inilah peringkat yang aku tak boleh handle. Sebab aku dah tak mampu nak sorokkan apa-apa yang aku rasa macam dulu.
Mungkin semalam kau nampak silap aku dekat Twitter. Mungkin handphone aku jatuh sebab aku tak jujur pasal Twitter. Ya. Aku mengaku tapi benda lama. Dan masalah yang sekarang ni, relay kita macam mana? Nak teruskan macam ni atau apa? Kau ajak jumpa. Salah ke kalau kau yang ambil aku. Dekat pantai, apa kau fikir selamat ke sorang-sorang aku terkapai dekat sana. For sure, aku akan balik lepas pulangkan barang kau. Serious aku memang tak boleh nak hadap muka kau sebab perlahan-lahan air mata ni akan jatuh. Ya aku pasti. Mungkin akan terlepas rindu selama beberapa hari tak jumpa, tapi maaf aku memang tak boleh nak hadap lama-lama.
Kau tahu apa yang aku letak dalam otak aku ? Aku sentiasa maafkan kau. Jangan pernah ucapkan kata 'maaf' lagi. Aku sentiasa tak pernah ambil hati apa yang kau pernah buat aku terasaa. Aku lepaskan habis habisan aku matikan aku lepaskan. Cuma, diri aku penat untuk tipu, dan kata aku boleh terus menerus hadapi masalah ni. Sebab sekarang aku rasa aku memang nakkan buck up performance bagi diri aku sendiri. Kita tak boleh puaskan hati semua orang kan? Dan kita tak boleh nak fahamkan orang. Cuma harap harap rasa sayang aku tak hilang untuk kau. Aku simpan elok elok kt belah hujung ni. Hujung hati. Biar tak terusik. Asal kan masih ada. Jadi lah kan? Aku takkan kerja keras utk kita lagi. Cuma aku selalu doakan kau hepi selalu :')
P/s: Maaf sebab menipu, aku memang tak boleh tidur malam ni. Semoga mimpi yang indah-indah.
Monolog Hati
Assalamualaikum.
Okay sekarang agak kesibukan sebab exam is around the corner. Lagi seminggu je nak hadap paper-paper yang agak memeningkan kepala. Study pun dah nak hampir hujung-hujung. Alhamdulillah. Guys, doakan aku boleh jawab dengan senyuman hewhew. Hope uolls too ;-)
Entry kali ni lebih kepada monolog aku dengan diri sendiri. Entah lah, hati ni cepat betul terasa. Hish kadan-kadang tu rasa rimas pulak bila perasaan sensitif yang melampau ni datang. Mana taknya, bila dah asyik nak terasa je, semuanya terpendam dalam hati. Taktahu nak luah dekat siapa sebab orang lain tak mampu rasa apa yang kita rasa. Bila kita buat salah, kita tak sedar. Dalam percakapan, dalam gurauan yang kita anggap biasa-biasa je tapi bagi orang lain luar biasa! Jadi aku memilih jalan untuk BERDIAM DIRI supaya tak ada siapa yang sakit hati.
Manusia tiada satu pun yang sempurna termasuk aku. Siapa lah yang mampu puaskan hati semua orang. Siapalah yang mampu jadi sempurna dimata orang lain, kan? Manusia mana yang tak ada ego. Mesti ada even sikit. Kadang-kadang perlu ada untuk kebaikan, kadang-kadang kita kena abaikan untuk kebaikan jugak. Tapi orang kata ego tu memusnahkan. Betul kan kata orang? Dari apa yang aku belajar dari peristiwa semalam, semua perkara yang tak puas hati, elok cakap straight to the point, lebih baik dari cakap belakang. Dan ketenangan tu adalah lepas kita memaafkan seseorang. Yang paling penting, jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Harap lepas ni keadaan bertambah baik InsyaAllah :)
← Newer Post
Older Post →
| |
|